Categories: SelebritiTrending

Bella Astillah Beraya Di Rumah Syed Saddiq, Netizen Komen: “Muka Ada Iras Selalunya…”

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik sekeping foto bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah curi tumpuan warganet.

Menerusi hantarannya, dia berkongsi bahawa Bella dan keluarganya datang beraya di rumahnya.

Malah, dia juga dilihat sempat menitip kata semangat buat pelakon tersebut berkenaan ujian rumah tangga yang di hadapinya.

“Stay strong @bellaastillah !

“Kesabaran akan membawa ketenangan.

“Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan mereka memiliki wajah yang iras dan senyuman yang sama.

Tidak kurang juga, ada yang cuba untuk menjodohkan mereka.

Atiqah Johari