Categories: Trending

Kongsi Momen Bercuti Di Maldives… ‘Baby Bump’ Jadi Tumpuan, Hanis Zalikha & Hairul Azreen Bakal Timang Anak Ketiga?

Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tampil mencuri tumpuan dalam kalangan warganet selepas mempamerkan ‘baby bump’ ketika bercuti di Maldives.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, Hanis seakan-akan memberikan bayangan dengan mengaburkan bahagian perutnya ketika diusap oleh Hairul dalam salah satu gambar yang dimuat naik di Instagram.

“Makan dalam gelap bersama-sama,” tulisnya.

Teruja dengan berita gembira itu, rata-rata rakan artis dan peminatnya tampil memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu di ruangan komen.

Antara artis yang memberikan ucapan tahniah ialah Mira Filzah, Fazura, Scha Alyahya, Fasha Sandha dan Janna Nick.

Malah, ada sesetengah peminatnya turut mendoakan kesejahteraan keluarga kecil pasangan selebriti itu.

Untuk rekod, Hanis dan Hairul telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Fatin Nurain