Categories: SelebritiTrending

Gara-Gara Pakai ‘Hooded Gown’, Elvina Mohamad Kesal Netizen Minta Buang Nama Bapa – “Komen Tu Jangan Nampak Bodoh Sangat”

Sebelum ini, pelakon cantik Datin Elvina Mohamad menjadi bualan hangat warganet apabila fesyen yang digayakannya ketika hadir ke sebuah acara dikatakan seolah mempersendakan wanita berhijab.

Artikel Berkaitan: Terkejut Lihat Fesyen Elvina Mohamad, Netizen Komen: “Macam Menghina Orang Bertudung Pulak”

Namun begitu, Elvina berasa kesal apabila ada individu memintanya untuk membuang nama ‘Mohamad’ iaitu nama bapanya kerana didakwa memalukan agama Islam gara-gara fesyennya itu.

“Are you stupid or acting stupid? Mohamad is my father name? just because of aku pakai “HOODED GOWNS” aku kena buang nama bapak aku?

“So adakah kesemua wanita Muslim kena buang nama bapa dia hanya kerana berpakaian kurang sopan? Comment tu jangan nampak bodoh sangat walaupun diri tu memang bodoh,” bidas Elvina.

Tidak berdiam diri, Elvina turut mendedahkan akaun Instagram dan wajah individu tersebut menerusi Instagram Storiesnya (IGS).

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini berterima kasih apabila ada warganet yang mempertahankannya dengan menjelaskan bahawa fesyennya itu adalah “Hooded dress” dan tiada niat untuk mempersendakan mana-mana pihak.

“Thank you, luckily someone helped me to explain it to NETIZENS!” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Dedah Turut Disekat Nad Zainal, Elvina Mohamad ‘Annoying’ Dengan Iqbal – “Diam Je Boleh Tak?!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ikutkan Hati Nak Je Maki!” – Elvina Mohamad Berang Individu Tiada Adab ‘Cop Parking’

Artikel Berkaitan: Gayakan Pakaian Nampak Paha Di KLFW, Elvina Mohon Maaf

Atiqah Johari