Kes Mahkamah By: Atiqah Johari March 13, 2024 @ 3:03pm

“Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Pelakon Bella Astillah, 29, telah memfailkan permohonan cerai daripada suaminya, pelakon Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur kelmarin.

Bella hadir ke mahkamah hari ini bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Walaubagaimanapun, Aliff tidak menghadirkan diri di mahkamah.

Susulan tamat sebutan pertama, Bella ditemui XTRA memaklumkan bahawa dia nekad dengan keputusannya untuk bercerai.

“Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

“Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar… Itu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais memberitahu bahawa Aliff tidak hadir pada hari ini kerana ada urusan penggambaran dan prosiding akan diteruskan pada bulan depan.

“Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.

“Tetapi hari ini Alif cakap dia tidak bersedia kerana ada penggambaran. Jadi, saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya untuk menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik,” ujar Azmi.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Tahu Limit Kesabaran Tu Sampai Bila”- Perkongsian Bella Astillah Kembali Tular, Netizen Titip Kata Semangat & Minta Move On Kes Suami Curang

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tidak Lagi Terlibat Dalam Drama Gandingan Aliff Aziz & Ruhainies, Syukur Penerbit Memahami – “Terima Kasih…”

Artikel Berkaitan: Isu Khalwat Babitkan Menantu, Pesanan Ibu Bella Astillah Undang Sebak – “Jika Lelaki Itu Menyakitimu, Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Bermodalkan RM 250, Sha Hasan Jadi Jutawan Pada Usia 19 Tahun!

Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu. “ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya […]

Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

Trending Tue, 23 Jan 2018

超准塔罗能量解读 网友「太不可思议」

2018年是一个新的开始,你已做好新一年的计划,承接这股全新的力量了吗?如果你了解自己今年的优势力量,那将有助展开这趟年度灵魂之旅。闭上眼睛想象下,一年后回顾2018,看见自己丰富多元的展现,嘴角会不自禁上扬。

Trending Tue, 11 Aug 2020

Kluster ‘Super Spreader’ Diminta Bertanggungjawab

Jangan selfish dan jadi rakyat yang prihatin