Selebriti By: Atiqah Johari March 26, 2024 @ 1:38pm

Isu Artis Veteran Pukul Abang Ipar, Pengurus Sahkan Shidee Direman Polis… Kes Masih Dalam Siasatan

Sebelum ini, media melaporkan berita mengenai seorang artis veteran ditahan oleh pihak polis kerana didakwa memukul abang iparnya dengan batang besi hingga cedera.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, pengurus peribadi penyanyi popular era 80-an, Shidee iaitu Efeendy R Azmi mengesahkan bahawa penyanyi itu adalah individu yang dimaksudkan dan direman oleh polis selama empat hari.

Shidee ditahan di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Ahad.

“Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam,” kata Efeendy.

Namun begitu, Efeendy enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan penahanan Shidee kerana isu tersebut masih dalam siasatan polis.

“Saya mohon maaf. Sekarang ini saya berada di Thailand untuk urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis,” ujarnya ketika dihubungi Harian Metro.

Sehubungan itu, Efeendy turut memohon orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian mengenai penangkapan pelantun lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu.

“Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu,” katanya lagi.

Berdasarkan kenyataan sebelum ini, penyanyi dan komposer itu didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku salah faham.

Insiden tersebut berlaku di rumah ibu mentuanya dan difahamkan bahawa mereka sudah mempunyai perselisihan faham keluarga beberapa kali sebelum ini namun kali ini lebih teruk.

Artikel Berkaitan: Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Dikecam Pakai Baju Ketat, Shima Anuar ‘Sembur’ Balik Netizen

Pelakon, Shima Anuar membidas secara berhemah kritikan netizen terhadap pemakaiannya ketika sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Trending Sun, 23 Dec 2018

Indonesia Dilanda Tsunami Lagi, Kali Ini Di Banten Dan Lampung

penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Trending Wed, 21 Feb 2018

亚裔爸爸失业2年被人资酸「不会英文就滚」女儿伤心贴网后……

人资代表了一间公司的门面,但也绝非每位人资都非常亲切友善。美国一位网友就因为越南裔的爸爸在找工作时,受到人资经理的污辱,气愤地把事情经过PO上网,引发热议,后续还发生了不可思议的效应!

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Camila Cabello Puts a Light to the Shades About Her Body

Camila Cabello took to her Instagram to address the hates she’s been getting about her body image!

Hiburan Fri, 17 Nov 2023