Selebriti By: Atiqah Johari February 8, 2024 @ 8:55pm

“Kalau Anak Aku La Ni Dah Aku Pasungkan!” – Michael Ang Tempelak Tindakan Model Kahwin Suami Orang

Pengarah dan pelakon Michael Ang menempelak individu yang namanya tular gara-gara berkahwin di Thailand tanpa persetujuan ibu bapa sebagai isteri kedua.

Menerusi hantarannya, Michael atau mesra disapa Mike turut meluahkan rasa bengangnya dengan tindakan individu itu.

“Muda-muda, cantik-cantik pun nak jadi nombor 2. Kalau aku la cantik macam tu and muda lambat lagi nak kahwin awal and jadi penyondol.

“Kalau jantan tu elok and kaya raya boleh la dipertimbangkan ini muka macam masih mintak duit dari mak bapak lagi!

“Hish hish kalau aku la dah jadi artist atau influencer and enjoy being single life. Ini macam dah kena minyak dagu aje,” laharnya.

Dalam pada itu, Mike juga mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang sanggup berkahwin dengan wanita lain sedangkan sudah berstatus suami orang.

Dengan ringkas, Mike turut menyifatkan tindakan mereka itu sebagai bodoh.

“By the way tu tak ada otak or berhati perut ke senang-senang aje kahwin. Kesian bini dia! All I can say is BODOH! BODOH! BODOH!” tulisnya.

Malah, Mike juga menegaskan jika anaknya berkelakukan begitu dia akan memasung anaknya diruangan kapsyen.

“Salam… u all tak rasa BODOH BODOH BODOH kalau kat tempat dia orang. Kalau anak aku la ni dah aku pasungkan!” luahnya lagi.

Michael Ang

Artikel Berkaitan: Pempengaruh Dimadukan Ketika Hamil… Luah Rasa Simpati, Ini Ulasan Michael Ang – “Urgent Sangat Ke Kena Kahwin Segera!”

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Caprice, Michael Ang Dikritik Tak Layak Jadi Orang Islam? – “Sangat Melampau! Jangan Terus Buat Kesimpulan!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Aug 2023
Trending Fri, 7 Aug 2020
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Siti Nurhaliza Terkejut Tengok Gelagat Anak Di Sesi Photoshoot!

Alololo…Comelnya Aafiyah anak ibu ni.

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]