Categories: SelebritiTrending

“Kami Tak Garang, Tapi…” Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ulas Cara Didik Anak

Pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, tampil mengulas cara mereka mendidik anak baru-baru ini.

Sebelum ini, ibu bapa kepada Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah itu sering dipuji kerana ramai netizen yang tertarik dengan cara dan kelembutan mereka mendidik anak-anak.

Perkongsian itu dibuat ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru jenama Innersejuk iaitu Telekung Suqainah menampilkan Hanis sebagai duta rasmi baru-baru ini.

Menurut Hairul, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.

“Mereka takut dengan kami, terutamanya mereka takut dengan saya. Mereka tak berani kalau saya naik suara kerana mereka rasa ini bahaya. So, itu membuatkan benda ni senang. Tapi untuk bercakap soal parenting, masing-masing ada cara.

“Mungkin cara saya macam ni. Saya tak suka rasa macam cara saya yang terbaik sebab kita nak buat yang terbaik untuk anak kita,” jelas Hairul.

Hanis turut menjelaskan bahawa mereka sebenarnya tegas dalam mendidik tetapi dengan cara yang lembut.

“Kita tak garang, tapi kita tegas. Kena tegas jugalah sebab nak didik anak sebenarnya. Jangan rasa saya lembut-lembut sangat. Sebenarnya saya tegas tapi cara saya lembut,” jelas Hanis.

Menurut pasangan selebriti itu, mereka selalu berbincang semula tentang sebarang masalah yang terjadi dan menjadi keutamaan dalam hidup mereka sebab anak-anak itu amanah.

Selain itu, Hairul turut berkongsi cara dia dan isterinya membesarkan dan mendidik Yusuf dan Alisa.

“Hanis membaca, saya dari 16 orang anah buah. So, ada cara yang berbeza. Dia ada knowledge, saya dari segi pengalaman. So, gabungkan. Macam saya cakap, masing-masing ada cara untuk jaga anak-anak. Tak ada betul, tak ada salah,” jelas Hairul.

Menurut Hanis pula, dia menganggap tiada cara spesifik dalam mendidik anak kerana setiap anak-anak mempunyai karakter yang berbeza.

“Kalau kita ada cara-cara sangat pun, contoh kita jaga Yusuf macam ni. Keluar Alisa, lagilah lain karakter dia. So, sebenarnya tak ada cara-cara khas pun,” katanya.

Fatin Nurain