Categories: Trending

Beri Sumbangan di Bazar Ramadan Pun Kena Kecam… Niat Baik Disalahertikan, Influencer Ini Didakwa Mahu Menunjuk!

Niat baik usahawan dan personaliti media sosial, Iddin Syah melakukan kebaikan di bulan puasa dengan menghulurkan sumbangan di bazar Ramadan disalahertikan oleh sesetengah wargamaya yang mengecam.

Memuat naik video dirinya memberikan bantuan di laman Instagram dan TikTok, Iddin didakwa riyak dan menunjuk kesenangan sedangkan dia hanya mahu berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Sebenarnya, sebelum ini pun saya ada beri sumbangan, cuma tak dihebahkan. Bila tak buat, orang tanya pula, jadi kita tunjuk untuk memberitahu kita juga ada memberikan sumbangan bertepatan dengan kehadiran Ramadan.

“Tak salah kot rasanya jika saya nak kongsi rezeki, sekurang-kurangnya apa yang saya paparkan boleh jadi suntikan motivasi kepada orang lain. Saya sumbangkan beras, biskut dan senaskah al-Quran. Saya biasa kena kecam dan kena kritik tapi bila niat baik macam ni pun orang salah anggap, saya rasa agak berkecil hati,” kata usahawan ESW ini.

Sedutan video Iddin memberikan sumbangan kepada 500 orang pengunjung bazar Ramadan di Kuala Ketil, Kedah, baru-baru ini menjadi bualan orang ramai di laman sosial dan ada yang mengkritik tindakan usahawan itu dan mendakwanya menunjuk-nunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkepuk Duit Dia Bawa Belanja” – Aksi Pemuda Borong Makanan Peniaga Bazar Ramadan Raih Perhatian Netizen

“Saya pelik sebenarnya sebab asyik kena kecam je. Ini bukan first time sebab Ramadan tahun lepas, tindakan saya memborong makanan peniaga di bazar Ramadan turut menjadi bahan kritikan netizen.

“Saya kongsi sebab saya nak beri inspirasi. Sebagai usahawan, ada banyak staf yang berada di bawah saya, sekurang-kurangnya saya mahu memberikan motivasi kepada mereka untuk melakukan perkara sama bagi mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Padin