Categories: SelebritiTrending

Mangsa Kes R*gol Pendakwah Buka Mulut, Dakwa Kehilangan Anak Sebagai Kifarah? – “Sudah Di Syurga Anakmu Wahai Si Pelaku?”

Baru-baru ini, seorang individu wanita memuat naik keratan berita mengenai kes rogol yang membabitkan seorang pendakwah bebas popular.

Wanita yang dipercayai mangsa perkosa kepada pendakwah tersebut menyatakan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut adalah kifarah atas perbuatan terkutuknya.

“Sudah di syurga anakmu wahai si pelaku? Jangan kau sangka anakmu akan menarik tanganmu ke syurga kerana kau masih punya hutang denganku untuk aku tuntut di depan Allah Taala,” tulisnya.

Malah, wanita tersebut turut bersumpah bahawa keturunan pendakwah itu bakal menerima kifarah sehingga pendakwah itu tampil memohon maaf kepadanya.

“Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya. Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dalam kecelakaan sehingga kata maaf dari mulutmu terucap,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ada individu bertanya kepada wanita yang dipercayai mangsa itu bagaimana pendakwah tersebut boleh terlepas daripada tuduhan sedangkan terdapat banyak laporan ke atasnya dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai bukti yang cukup.

“Dia bebas tuduhan sebab tak cukup bukti nak tuduh dia. Case closed. Tapi media buat kenyataan yang dia tak bersalah sedangkan tak cukup bukti bukan tak bersalah,” dedah wanita itu.

Walaubagaimanapun, wanita tersebut tidak memetik mana-mana nama namun di ruangan komen ramai yang menyatakan kes tersebut melibatkan Dai’ Syed sebelum ini.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut meninggalkan beberapa tanda pagar pada hantarannya dan menyatakan bahawa dia akan berdendam sehingga mati dan trauma dengan kejadian tersebut.

“#mddsurvivor #ptsdsurvivor #pendakwahpsiko #dendamsampaimati,” tulisnya.

 

Atiqah Johari