Kes Mahkamah By: Atiqah Johari July 18, 2023 @ 2:56pm

Sah Bercerai Talak Satu, Afiq Muiz Tarik Balik Kes Nusyuz… Pachara Apin Setuju Gugur Semua Hak

Kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isteri telah berakhir apabila mereka sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan mStar, peguam syarie yang mewakili Afiq iaitu Mohd Yazir Sa’at memberitahu bahawa penceraiaan anak guamnya dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada isteri, Pachara Apin.

“Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.

“Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan,” katanya.

Malah, pelakon itu juga bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya sebelum ini.

“Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian,” ujarnya lagi.

Terdahulu, hangat di media sosial apabila Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq memukulnya.

Afiq didakwa menampar bahagian muka Pachara sebanyak lima kali, menendang perut dan menumbuk pada bahagian dagu.

Dalam pada itu, Afiq pula mendedahkan bahawa isterinya itu berlaku curang terhadapnya.

Artikel Berkaitan: “Ada Bukti Dia Ada Lelaki Lain & Buat Perkara Tak Bermoral” – Dakwa Isteri Curang! Afiq Muiz Fail Nusyuz

Artikel Berkaitan: “Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Artikel Berkaitan: Digantung Tak Bertali, Isteri Maklum Afiq Muiz Tak Beri Nafkah Sejak 2021

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Dec 2017

Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen

“Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen” – Kisah Rezeki Tidak Disangka Ini Sentuh Hati Netizen

Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢

Trending Thu, 15 Mar 2018

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Nick Jonas Hadiahkan Isteri Kereta Mewah, Untungnya!

Harga kereta Mercedes Maybach S650 keluaran tahun 2019 ini dianggarkan mencecah hampir RM 1.5 juta.