Selebriti By: Atiqah Johari July 10, 2023 @ 4:44pm

“Tolonglah Itu Bukan Saya!” – Sophia AlBarakbah Kecewa Dituduh ‘Penyondol’ Rumah Tangga Fazura

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Fazura mendedahkan bahawa dia pernah berdepan dengan situasi di mana rumah tangganya diganggu oleh seorang pelakon wanita.

Malah, Fazura sempat memberi sedikit bayangan mengenai ‘penyondol’ tersebut namun tidak secara terperinci.

Artikel Berkaitan: Tidak Mudah Cemburu Namun Fazura Dedah Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Suami – “Benda Tu Disaksikan Family”

Tanpa dijangka, nama pelakon cantik, Sophia AlBarakbah sekali lagi dipetik dalam kalangan warganet dan mengaitkan dirinya dengan insiden itu.

Susulan itu, Sophia tampil meluahkan rasa kesal apabila dirinya terpalit dengan kontroversi tersebut.

“I usually don’t rant on social media, but there’s something I need to let out so, kepada semua yang mention dan kaitkan saya dengan hal rumah tangga pasangan celebrity terkenal,” katanya.

Tambah, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu menegaskan bahawa bukan dirinya yang dimaksudkan berbuat sedemikian.

Sophia juga meminta orang ramai untuk berhenti menyalahkannya.

“Tolonglah, bukan saya yang dimaksudkan, cukup-cukuplah salahkan saya. I do not want to hear any rumours involving me, as it clearly NOT ME! Thank you,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Oct 2021

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok. Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian. Isu […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu. Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar […]

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

《音乐还没死》记录大马乐坛30年!李吉汉自爆曾想放弃音乐路

纪录片文字书《我们死了, 音乐还没死Music Alive》由马来西亚中文乐坛41组音乐人亲述,纪录着中文音乐产业近30年的兴盛与衰败。

Featured Tue, 9 Nov 2021