Selena Takkan Kembali Semula Dengan Justin Bieber

Pernah beberapa kali melalui episod percintaan dengan Justin Bieber, penyanyi dan pelakon Selena Gomez, 26, kini dikatakan sudah berpatah arang dan enggan menyambung kembali percintaan dengan jejaka berusia 24 tahun itu.

Menurut sumber terdekat Selena, penyanyi lagu Come And Get Me itu dikatakan tidak mahu memandang ke belakang lagi sebaliknya mahu meneruskan hidupnya serta lebih terbuka untuk membuka hati kepada mana-mana lelaki selepas ini.

“Selena hormatkan Justin tapi dia rasa lebih selesa untuk meneruskan kehidupan dengan melakukan apa yang dia suka.

“Selena juga sudah tidak bercakap mengenai Justin lagi dan sudah bersedia untuk melangkah kembali ke alam percintaan dengan jejaka lain pula selepas ini,” kata sumber memetik portal E!News.

Kedua-dua Selena dan Justin memutuskan hubungan mereka pada Mac lalu dan sehingga kini mereka dilaporkan sudah tidak lagi berhubung di antara satu sama lain.

Justin, 24, kini dikhabarkan sedang bercinta dengan model berusia 22 tahun, Baskin Champion yang berasal dari Alabama, Amerika Syarikat.Hubungan cinta tidak kesampaian pasangan Jelena kali ini dikatakan berpunca daripada sikap ibu Selena yang tidak menyenangi perangai Justin.

Selain itu, ibu Selena juga tidak yakin penyanyi dambaan ramai gadis seluruh dunia itu akan membahagiakan anak perempuannya jika mereka ditakdirkan berkahwin kelak

SGMS Enal