Categories: FeaturedGaya Hidup

Susu Emas Minuman Berkhasiat Yang Versatil Dan Resipinya Boleh Dipelbagaikan

Perihal minuman kecantikan yang satu ini iaitu susu emas pernah tular kerana bukan saja warna keemasannya yang menggoda selera tetapi juga khasiat yang terdapat di dalamnya.

Diperbuat daripada serbuk kunyit segar, minyak kelapa, dan campuran rempah lain seperti lada hitam, halia, kayu manis, dan buah pelaga, susu emas jika diamalkan secara konsisten dapat mencegah pelbagai jenis penyakit.

Bahkan kehebatan minuman ini dikomentarkan di kalangan pengamal pemakanan organik. Apa yang lebih menarik tentang susu ini adalah, ia telah digunakan sejak berabad-abad lamanya oleh pengamal perubatan tradisional Cina dan Ayurveda untuk mengurangkan keradangan, meningkatkan imuniti, meningkatkan penghadaman termasuk menurunkan berat badan.

Susu Emas, selain daripada sangat bagus untuk kesihatan anda, ia juga rasa sangat berkrim dan lazat! Malah, anda juga boleh cuba membuat susu ini sendiri di rumah kerana ianya sangat mudah disediakan.

Ini adalah resepi asas bagi susu emas.

Langkah 1: Gabungkan kunyit dan rempah pilihan anda yang lain, seperti lada hitam, halia, kayu manis, dan buah pelaga. Tambah air panas secukupnya untuk membuat pes yang sedikit tebal.

Langkah 2: Campurkan dalam minyak kelapa atau minyak sapi (bersama-sama dengan madu mentah, jika anda mahu) untuk lebih memekatkan campuran itu.

Langkah 3: Pindah campuran tadi ke dalam jar dan sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah ia sejuk, anda akan mempunyai pes yang mudah untuk campur dengan susu kegemaran anda untuk membuat susu keemasan.

Minuman susu emas ini juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti penggemarnya, misalnya menambah campuran kopi menjadikan kopi susu emas, aiskrim susu emas dan yogurt susu emas. Di mana kesemua resipi ini serta hidangan yang berkaitan boleh didapati di Google dengan hanya menaip carian susu emas.

Sumber : Pikiran Rakyat

Yanie Baharom