Selepas Bapa, Nenek Adira Pergi Menemui Illahi…Al-Fatihah

Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa sedih apabila berdepan dugaan sekali lagi apabila nenek kesayangannya meninggal dunia, pagi ini.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Adira memuat naik berita sedih itu.

“Allahuakbar… Lepas satu-satu dugaan yang aku terima. Belum pun hilang kesedihan kehilangan Abah tersayang, datang lagi dugaan apabila mendapat khabar berita nenek kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.

“Ya Allah… Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu ini,” luahnya.

Penyanyi Pujaan Hatiku ini baru sahaja kehilangan bapanya pada 23 Mac lalu.

Allahyarham Suhaimi Rajiman meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Jenazahnya dikebumikan di Kundasang, Sabah. Al-Fatihah…

SGMS Faida