Hiburan By: Padin September 12, 2023 @ 9:39am

Selepas Filem Nota, Pasangan Suami Isteri Hasilkan magiK

Pasangan suami isteri, Yasu dan Bea Tanaka akan mengadakan tayangan khas untuk filem terbaharu berjudul magiK di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Bakal berlangsung sepanjang dua bulan bermula September, filem terbitan 42nd Pictures Sdn Bhd akan ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.

Yasu Tanaka selaku pengarah dan penulis skrip filem magiK, bersama isterinya, Bea Tanaka yang juga penerbit, akan turun padang di semua lokasi.

Filem magiK bergenre drama, keluarga dan fantasi adalah arahan Tanaka yang berasal dari Jepun, Beliau menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

“Mengenai tayangan khas, pihak kami mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran untuk menonton filem magiK ini. Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi yang mempunyai “closed caption” yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

“Filem magiK ini memaparkan kisah orang kampung di Kampung Kuantan, Kuala selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.

“Kami amat berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Untuk tayangan-tayangan ini kami telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk melibatkan komuniti pekak. Kami juga telah menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama JPN Perak.

“Bea adalah bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan masih akrab dengan golongan istimewa ini. magiK bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip, tetapi turut mengajak penonton menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran,” kata Tanaka.

Filem magiK merupakan filem kedua arahan Tanaka selepas Nota yang ditayangkan di panggung pada 2015. Tanaka berpeluang melihat konsep tayangan wayang pacak pada tahun 2017, apabila KOMFIT telah menjayakan tayangan NOTA di mana Hassan Abdul Muthalib sebagai moderator pada masa itu.

“Pengalaman itulah yang mendorong kami untuk merancang salah satu tayangan khas kali ini di Terengganu dengan konsep wayang pacak.

“Kami amat teruja untuk berinteraksi secara langsung dengan para penonton yang akan hadir untuk tayangan-tayangan khas ini,” ujar pasangan ini.

Menurut Tanaka, beliau mendapat idea untuk magiK bila dua idea disatukan iaitu; pertama, hubungan Bea dengan komuniti pekak dan kedua minat beliau kepada alam semula jadi.

“Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita tentang seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip,” tambah Tanaka.

Yasu berkata, tayangan khas filem magiK membabitkan tujuh lokasi terpilih di seluruh tanah air yang akan berlangsung antara September dan Oktober.

“Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton tayangan khas filem magiK yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga,” katanya.

Tayangan khas ini membabitkan lokasi di Warung Adri, Kuantan pada 16 September ini, disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan Space08000, Sungai Petani (29 September). Tayangan khas di Terengganu akan diadakan di tepi pantai dengan konsep Wayang Pacak.

Selain itu, lokasi tayangan khas di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh (14 dan 15 Oktober) Tiga lokasi tayangan khas ini akan melibatkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

Tayangan khas magiK di YMCA KL, adalah sebahagian dari sambutan International Deaf Day. Jadual tayangan khas akan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

范冰冰遭拍素颜睡姿「嫩肌白到发光」飘仙气

中国女星范冰冰出道多年,冻龄有术,除了脸蛋紧致无暇,也是圈内出了名的白皙美人。大年初五就开工的她,戏一拍就到隔天凌晨,一收工倒头就睡,被偷拍也不知道,而她睡姿照在网上公开后,嫩白到发光的皮肤让网友看了惊叹不已。

Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Sat, 5 Oct 2019

Bantu Selagi Mampu…Ini Janji Jamal Abdillah

Tiket untuk menyaksikan Malam Amal Pengasih bermula daripada RM300 hingga RM2,000 mula dijual kepada peminat.

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Hiburan Fri, 16 Jun 2023