Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 17, 2022 @ 6:07pm

Ada Yang Cakap Wajah Kelihatan Berusia Bila Nampak Garis Di Muka… Netizen Pertahankan Che Ta! – “Kalau Tak Berkedut, Nanti Keluarlah Cerita Dia Pengamal Susuk”

Baru-baru ini, penampilan pelakon Rozita Che Wan memakai busana berwarna putih pada acara Kedah Fashion Week 2022 mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang menganggap pakaiannya itu langsung tidak sesuai dengan usianya.

Susulan isu tersebut, Che Ta tampil memberikan kenyaataan dan mengakui kesilapannya itu.

“Memang masa pakai topi tu, bila dah macam halfway dekat event saya perasan anak tudung saya tu ternampak telinga. So, bila tarik tu tetap nampak juga.

“Tapi bila dah sedar nampak telinga tetap nak post. Jadi memang sesuai lah kena kecam. 

“Bila dah sampai kat rumah, cakap dekat Zain okay tak pakai topi… katanya okay tapi nampak telinga, telinga kan aurat… So i terasa sebab suami yang tegur. Suami saya very particular, cuma kadang-kadang bini dia terlepas dia takkan tengok kat Instagram.

“So, bila netizen kecam tu memang saya terima. Memang salah saya. Sepatutnya saya lebih berhati-hati,” katanya.

Melihat kepada video yang dimuat naik menerusi Facebook Media Hiburan, rata-rata warganet menegur pelakon yang berusia, 49, ini kelihatan sudah mula mempunyai kedutan diwajahnya.

Namun, ada yang tampil memberikan pandangan bahawa, teknik solekan yang dikenakan pelakon drama rantaian popular, Kak Marr ini menjadi punca kenapa wajahnya seakan-akan berusia.

“Mekap dia buat nampak lebih berusia… Pelik pun ada juga!”

“Kalau nak tahu Che Ta lagi cantik tanpa make up…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mana Ada Terbonj*l? Sarung Je Pun Besar, Tu Tak Tunjuk Yang…” – Dikatakan Terlampau Seksi, Netizen Tegur Che Ta

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Tak Boleh Cakap Kedah, Tukar Ja Screenplay” – Che Ta Meluat, Pelakon Bertutur Loghat Utara Macam…

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Puteri Roh Meresap” – Che Ta Risau Takhta Ratu ‘Dirampas’ Anak Perempuannya?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

城市巨响音乐节1月4日举行!台湾人气歌手9M88领衔26组歌手演出

第二届城市巨响音乐节1月4日举行,台湾人气歌手9M88领衔26组歌手展现音乐巨响力量!

Hiburan Sun, 26 May 2019
Trending Mon, 13 Aug 2018

Jaga-Jaga! Cuaca Panas Sehingga September Depan

Pada September, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan pada paras normal antara 150mm dan 250mm.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Trending Wed, 26 Feb 2020

Satu Tragedi Atau Konspirasi? Novel Tahun 1981 Ini Ramal Coronavirus

Penyebaran Coronavirus dilihat semakin membimbangkan. Terbaru, dilaporkan COVID-19 melanda empat lagi negara Asia Barat iaitu Bahrain,Iraq, Kuwait dan Oman.  Dalam kebimbangan isu ini,  sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes Of Darkness yang diterbitkan pada tahun […]

Hiburan Sat, 3 May 2025

Sarah Hildebrand Kini Hamil, Hidup Bahagia Di Sisi Suami Mat Salleh

Sarah Hildebrand kini hamil anak pertama, bahagia hidup di Amerika Syarikat

error: Content is protected !!