Selepas Nazim Othman, Giliran Alvin Chong Pula Belajar Vokal Dengan Cikgu Popular Ini!

Umum tahu penyanyi Mark Adam memiliki sebuah pusat latihan vokal, Suara Academy.

Selepas setahun lebih beroperasi di Neo Damansara, ramai selebriti berjaya dibimbing Mark Adam. 

Antara selebriti menyertai Suara Academy ialah Janna Nick, Aiman Tino dan Nazim Othman.

Baru-baru ini, peserta Bintang Bersama Bintang 2017  ini memberitahu penyanyi meningkat naik, Alvin Chong turut mendaftar menjadi pelajar barunya. 

” Saya lihat dia sangat berdedikasi ketika berada dalam kelas. Jika dia mahu, dia akan usahakan sampai dapat. Saya puji tahap kesungguhan dia,” katanya kepada xtra.com.

Selain Mark Adam, penyanyi Ewal juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Suara Academy. 

Dalam perkembangan lain, Mark Adam kini sibuk di lokasi penggambaran filem Hero bersama pelakon Hisyam Hamid dan Bell Ngasri. Good Luck guys! 

SGMS Faida