Selepas Timbulkan Isu Mengenai ‘Datuk Seri’ Suami Heliza, Individu Sama Pertikai Gelaran Suami Fouziah Gous & Eina Azman?

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai gelaran Datuk yang dimiliki oleh suami penyanyi, Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Individu yang bernama Aliff Ahmad menerusi hantaran di Facebook mendakwa gelaran yang dimiliki oleh Mahadi adalah palsu.

Terkini, individu sama tampil mempertikaikan gelaran Datuk yang disandang oleh suami kepada dua pelakon iaitu Fouziah Gous dan Eina Azman.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Individu tersebut mendakwa bahawa gelaran Datuk mereka palsu kerana nama-nama pemilik tersebut tiada dalam sistem rekod istiadat.

      

 

Menerusi hantaran individu itu juga, dia turut menyertakan beberapa tangkap layar yang didakwa sebagai bukti gelaran Datuk yang dimiliki suami pelakon-pelakon itu palsu.

Atiqah Johari