Selepas Tular Foto Berpelukan Di Pawagam, Sophia AlBarakbah Tayang Gambar Boyfriend Di Wad

Heroin drama bersiri Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBarakbah kembali hangat diperkatakan selepas foto mesranya berpelukan bersama teman lelaki tular, baru-baru ini.

Menerusi foto tersebut, Sophia berada di dalam sebuah panggung wayang sambil berpelukan dan berkongsi selimut dengan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan wajah individu terbabit sehinggalah dia berkongsi hantaran terkini di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Selasa.

Menerusi hantaran tersebut, Sophia mendedahkan dia dan lelaki itu berada di hospital apabila sempat menulis pada paparan skrin video itu dengan kapsyen ‘Man Down’.

 

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan status hubungan Sophia dan lelaki tersebut memandangkan sehingga kini dia masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.

Terdahulu, Sophia terpalit dengan isu kontroversi membabitkan rumah tangga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz apabila mengakui dia mempunyai perasaan terhadap rakan lakonnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Berselimut Dalam Panggung Wayang, Sophia AlBarakbah Mesra Berpelukan Dengan Teman Lelaki?

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Babak Atas Katil Dalam ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ Curi Perhatian, Ramai Puji Lakonan Sophia AlBarakbah

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Puji Sophia AlBarakbah Manja, Wawa Zainal Akui Tak Cemburu – “Normal Ke Tak Rasa Apa-Apa?”

ARTIKEL BERKIATAN:Pandai Menunggang Kuda, Pamer Sifat Lemah Lembut & Manja… Ini Fakta Menarik Mengenai Sophia AlBarakbah

Salma Syahbuddin