Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal tahun ini memberi erti berbeza buat pengacara, Neelofa yang kehilangan beberapa insan penting dalam keluarganya.

Meskipun arwah datuknya sudah tiada , semangat ‘abah’ sentiasa dekat dengan keluarga yang menyambut Aidilfitri di Pasir Mas, Kelantan.

“Saya pulang ke kampung pada awal bulan Jun lalu untuk berpuasa bersama nenek di kampung kerana pada tahun ini, kami kehilangan ramai ahli keluarga. Pagi raya, kami beramai-ramai berkumpul untuk ke kubur bersama.

“Kami cuba untuk memanfaatkan masa bersama nenek yang keseorangan tanpa abah. Cuma bezanya, keluarga kami besar, jadi letak dimana sekali pun pasti akan meriah apabila ada semuanya. Namun, semuanya tidak akan sama tanpa kehadiran abah,” kata Neelofa yang kini berada di bumi Anbia.

Datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed meninggal dunia pada 20 November 2018 di usia 83 tahun.

Selain kehilangan datuk, Neelofa atau mesra dengan panggilan Lofa itu turut berkongsi perkhabaran duka apabila saudaranya, Adam Mahamed Ismail menghembuskan nafas pada bulan Ramadan lalu.

“Adam sudah sakit selama setahun lebih namun tidak ramai yang mengetahui dia mengalami masalah kesihatan sehinggalah setengah tahun lalu. Kami dimaklumkan arwah sudah dibawa ke beberapa hospital dan ustaz untuk berubat.

“Perubahannya begitu drastik sehingga kami sudah reda untuk melepaskan Adam kerana tidak sanggup melihat dia menderita,” kata Neelofa.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida