Sempoi Habis Majlis Perkahwinan Hilary Duff, Matthew Koma!

Pelakon Hilary Duff selamat bergelar isteri kepada Matthew Koma pada Ahad lalu (22/12).

Menurut laporan, upacara perkahwinan pasangan ini hanya dilakukan di halaman belakang rumah mereka di Beverly Hills.

“Pernikahan diadakan di rumah Hilary. Upacaranya kecil dan sederhana. Hanya keluarga dan teman terdekat yang datang,” kata sebuah sumber kepada People.

Setelah majlis yang berlangsung sekitar 20 minit, bintang Lizzie McGuire berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan mendoakan kebahagiaany bersama Koma. 

Selain majlis yang ringkas, Duff juga mengenakan sepersalinan gaun pengantin putih polos tanpa renda atau bertatahkan batu permata.

Dres anggun sentuhan Jenny Packham itu dilengkapi dengan potongan lengan cape panjang hingga paras lantai.

Pemuzik Dawes Taylor Goldsmith antara tetamu yang hadir termasuk saudara Hilary yang juga pelakon, Haylie Duff.

Untuk rekod, Duff pernah memiliki dua cahaya mata, Luca, 7, dan Banks yang berusia setahun.

SGMS Faida