Acara gilang-gemilang anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH 32) yang berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelakon, Mira Filzah dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32 dengan jumlah undian sebanyak 6,320,463 juta undi menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, sekali gus membawa pulang hadiah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. bernilai RM160,000.00. Berikut disenaraikan semua pemenang-pemenang bagi ABPBH 32.
Kategori Online:
Gandingan Serasi Drama Popular : Remy Ishak & Mira Filzah (Drama Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Filem Langsuir)
Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)