Hiburan By: Syamir Shafie November 15, 2023 @ 4:46pm

Sepatutnya Turut Serta Berkonvoi, Zahiril Adzim Maklumkan Perkembangan Terkini Beto Kusyairy Selepas Terlibat Kemalangan

Pelakon Zahiril Adzim memberitahu keaadan terkini Beto Kusyairy yang berada dalam keadaan stabil.

Kelmarin, Beto Kusyairy terlibat dalam kemalangan motosikal ketika menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjd Negeri Ipoh, Perak.

Pelakon drama Juvana itu menghubungi Beto menerusi satu panggilan video.

“Kami ada berbual menerusi penggilan video tadi (semalam) dan Alhamduillah, Beto okay. Beto beritahu sudah buat ujian imbasan sinar X dan tiada apa yang serius.

“Cuma ada seorang peserta konvoi yang turut terbabit dalam kemalangan itu perlu menjalani pembedahan. Kita doakan semoga semuanya selamat,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Zahiril turut mededahkan dia sepatutnya bersama Beto menyertai konvoi tersebut.

Hasrat untuk ikut bersolidariti bersama-sama itu bagaimanapun tidak tercapai kerana Zahiril sibuk dengan pengambaran.

“Kalau boleh saya nak juga terbabit dalam acara yang membabitkan isu Palestin ini. Satu perkara yang sangat sedihlah buat kita semua hari ini,” jelasnya lagi.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Mendiang Kemurungan, Suami Kate Spade Luah Rasa…

Andy Spade berkata dalam satu kenyataan di dalam The New York Times bahawa beliau dan anak perempuannya Bea, merasa hancur dengan kehilangan itu dan tidak dapat membayangkan hidup tanpanya.

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Orang Kata Saya Angkuh…”- Dr Noor Hisham Abdullah

Jangan main serkap jarang je gaisss…