Hiburan By: Fatin Nurain September 12, 2023 @ 4:50pm

Serene Claire Dedah Trauma Dicabul Youtuber, Niat Baik Pertahankan Maruah Undang Layanan Buruk

Pelakon Serene Claire tampil mendedahkan dirinya pernah dicabul oleh seorang Youtuber sehingga menyebabkan namanya digugurkan daripada sebuah projek.

Serene memaklumkan YouTuber tersebut telah memegang buah dadanya dengan sengaja menerusi sebuah perkongsian di media sosialnya, pada tahun lalu.

Menurut Serene, dia hanya ingin mempertahankan maruahnya sebagai wanita dan tidak sangka pendedahan itu menyebabkan dirinya menerima layanan buruk daripada sesetengah pihak.

“Alasan diberikan saya memiliki reputasi buruk. Jadi, mereka membatalkan kerjasama kerana bimbang memberikan implikasi negatif pada produk.

“Saya terkejut kerana masih ada sikap diskriminasi, sedangkan saya bersuara mempertahankan hak yang dicabul.

“Selain itu, ada juga pihak menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.

“Saya buntu dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat pendedahan supaya wanita lain berhati-hati, lagipun saya tak sebut nama individu berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang membintangi drama bersiri Gadis Muzikal itu juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa rakan pempengaruh yang pernah mengalami nasib yang sama.

“Saya pelik kenapa wanita sahaja dipersalahkan, kononnya sering berpakaian seksi.

“Saya trauma sehingga terpaksa berdiam diri selama beberapa bulan. Ramai rakan media mencari, tetapi saya pilih berdiam diri kerana bimbang diserang,” jelasnya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Naib Juara Miss Universe 2020 itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Gadis Muzikal, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Serene tampil berkongsi penglibatannya  untuk membintangi drama bersiri Melayu itu buat pertama kali.

Tambah Serene, pada awalnya dia berasa amat gementar kerana kurang fasih berbahasa Melayu namun dibantu oleh rakan-rakan gandingan, pengarah dan penerbit.

Selain Serene, drama terbitan Fadzil Teh itu turut dibintangi oleh Khodi, Fiza Thomas, Tika Nasir dan Aisha Retno.

Orang ramai boleh menonton drama Gadis Muzikal di slot Lestary, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 atau strim secara eksklusif di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu karakter lelaki baik manakala satu lagi watak jahat.

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Hiburan Sun, 12 Jan 2020

“Lentik Tak Lentik, Tunggulah..” – Bob Yusof

“Ini bukan lagu saya, jadi saya perlu minta izin,” jelas Bob Yusof apabila ditanya tentang persiapannya menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 pada 9 Februari nanti.  Bob yang diberi kepercayaan untuk menggantikan penyanyi tersohor […]

Events Wed, 16 May 2018

Beginilah Nilai Kasih Sayang Seorang Isteri Terhadap DSAI

Namun apa yang paling menyentuh perasaan terhadap pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan  ini ialah,  tindakan Datin Seri Wan Aziz Ismail yang dilihat memeluk erat suaminya itu sepanjang DSAI dalam perjalanan menuju ke Istana Negara

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Tahniah! Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Pertama

Tahniah, mesti comel bayi itu nanti! Kami doakan agar urusan Datuk Ziela Jalil sekeluarga lancar hendaknya.

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.