Sering Diserang Anxiety, Nora Danish Runsing Fikir Soal Kematian – “Tangan Berpeluh, Sejuk… Sebelum Kemana-Mana, Saya Akan Buat Wasiat…”

Pelakon jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya sering diserang anxiety bermula sejak akhir-akhir ini.

Malah, tahap anxiety yang dialami Nora menyebabkan dia sentiasa memikirkan soal kematian sehingga mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat wasiat untuk anak-anaknya.

“Bila saya dah berumur ni, saya ada masalah anxiety, stage fright. Saya lebih takut kepada kematian. Terutamanya jika naik kapal terbang.

“Sebelum naik kapal terbang akan berpeluh, sejuk, sebab saya fikir keadaan anak-anak saya macam mana semua. Saya akan buat wasiat, call ibu saya dan buat apa yang patut.

“Mungkin juga sebab PKP, lama tak ke mana. Buat masa ini tiada rawatan yang dilakukan cuma saya lebih banyak membaca,” katanya ketika ditemui media.

Disoal mengenai punca masalah anxiety itu, Nora berkata perkara tersebut tidak berpunca daripada kecaman netizen, sebaliknya pemikiran usianya yang kini mencecah 40 tahun.

“Saya manusia biasa, tapi tak lah selalu saya stress pasal komen netizen sangat sebab saya fikir setiap manusia di luar sana kan tak semua suka kita.

“Pada saya haters only see your weaknesses. Jadi saya pandang perkara tersebut sebagai cabaran untuk diri saya perbaiki diri saya.

“Saya banyak tertekan dari segi kerjaya. Semasa saya muda, saya selalu bayangkan menjangkau usia 40 tahun saya akan ada banyak benda. Namun bila tak capai saya rasa anxiety, depressed, dan tak tahu nak buat apa.

“Saya sangat seorang yang emotional dan sangat-sangat sensitif. Dua benda ni boleh lead kepada overthinking. Selalunya orang lain selalu kaitkan overthinking adalah keburukan, tapi overthinking ini adalah super power saya.

“Jadi saya cuba tukarkannya kepada positif, saya fikir okay tak apa saya akan lebih berhati-hati. Benda tu menjadikan saya lebih menghargai orang sekeliling,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Masalahnya Halal Ke?” – Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay Undang Perbalahan Netizen

Aqilah Paharuzi