Sering Dituduh Gay Gara-Gara Kerap Tayang Badan, Atiq Azman Beri Amaran “Standby Nak Saman, Jangan Block & Delete Komen!”

Sering berkongsi foto-foto seksi ketika melakukan rutin hariannya di gimnasium, pelakon Atiq Azman tidak terlepas dari dilabel sebagai lelaki gay.

Malah, menerusi perkongsian terkininya di Instagram, pemilik nama lengkap Raja Atiqullah Syah Raja Azman, 23, sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto yang memperlihatkan ‘sixpack’ nya beserta kapsyen ‘ Still bucking, pic no atau atau dua?’.

Susulan hantaran tersebut, terdapat individu yang dikenali sebagai @irfanshah tampil memberikan komen dan menuduh dirinya sebagai gay.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan yang diberikan, Atiq tampil memberi komen balas dan meminta agar individu terbabit tidak memadam atau menyekatnya dari platform media sosial tersebut.

“Standby tau, nak saman! Jangan delete atau block pula ye,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata pengikut Atiq tampil mempertahankan aktor kesayangan mereka dan menyokong tindakannya untuk membawa kes ini ke mahkamah.

 

Salma Syahbuddin