Events By: Salma Syahbuddin April 10, 2019 @ 5:22pm

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Walaupun sudah 7 tahun berumahtangga namun telatah pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama anak-anak mereka iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4,  sering mendapat perhatian warganet kita. Betul tak?

Bagi Aeril sepanjang tempoh perkahwinan itu, beliau dan Wawa belum pernah mengalami pergaduhan besar termasuklah, memuat naik masalah keluarga mereka di laman sosial. Kerana, masih menganggap adalah tidak perlu untuk menjadikan laman sosial sebagai platform untuk meluahkan ‘ perasaan’ terutamanya hal berkaitan keluarga.

Tengoklah gambar yang dimuat naik oleh Aeril Zafrel menerusi akaun instagram miliknya. Sweet je kan? Siap letak tanda pagar #setulusikhlas lagi. Mungkin juga ini antara cara-cara yang digunakan oleh Aeril untuk memujuk Wawa? Korang bolehlah try dekat pasangan korang!

 

 
 
 
View this post on Instagram

benda boleh gaduh kan? asal nak setel?? #SetulusIkhlas

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Jom kita check list cara memujuk pasangan dengan cara yang betul.
 
     1. Menerima Dan Mendengar
Selami perasaan pasangan korang, bertanyalah dengan nada yang lembut kalau boleh peluklah pasangan korang tu! Selalunya dalam pergaduhan isteri selalu akan lebih banyak menangis berbanding berkata-kata. Jadi sebagai seorang lelaki yang budiman, peluk dan tanyalah apa masalahnya isteri tu okay!
 
     2. Jangan Malu Untuk Minta Maaf!
Selain menunjukkan empati kepada pasangan, korang juga janganlah segan untuk saling meminta maaf. Tanya dan berbincanglah elok-elok. Dan yang pastinya, sekiranya korang seorang isteri, maka ciumlah tangan suami dan jika anda seorang suami, makan tunjukkanlah kasih sayang dengan mencium dahi isteri dan meminta maaf lah okay!
 
Lepastu, korang discuss lah elok-elok dan dalam keadaan tenang ye!
 
     3. Memujuk
Setiap pasangan ada yang suka merajuk, dan seorang lagi kenalah pandai memujuk. Betul tak? Jangan biarkan pasangan anda cool down dulu baru nak pujuk, takut nanti macam-macam prasangka buruk bermain dihatinya. Bahaya!
 
Jadi, sebelum terlambat apa kata korang lakukanlah point tersebut ye!
  • Sentiasa puji pasangan
  • Beri Hadiah. Walaupun hanya sepapan coklat
  • Mengajak pasangan keluar danmelakukan aktiviti yang disuka
  • Beri kejutan. Selain makan malam, korang juga boleh tolong bantu bersihkan rumah. Itu je pun dah cukup tau!
  • Bergurau Senda
  • Mengajak pasangan berdoa 

Haa, kalau nak rumahtangga sentiasa bahagia dan tenang, korang pun bolehlah sentiasa ucapkan zikir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

“Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah”

Isu Baitulmaqdis: “Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah” kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu

Events Wed, 3 Jul 2019

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan!

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

KENAPA FAZURA MENANGIS?

Dia tidak kisah dengan segala kritikan lantas, memperbaiki diri dengan menghadiri kelas vokal dan sentiasa bekerja keras untuk peminat-peminatnya.

Events Tue, 26 Apr 2022

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bagi Permohonan Selepas 28 April Akan Dibuat Pada…

Umum sedia maklum, Pengeluaran Khas bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun diterima oleh sebilangan ahlinya namun,  masih terdapat segelintir ahli yang masih tidak menerima bayaran disebabkan mereka memohon selepas tarikh 28 April 2022. Oleh […]

Featured Thu, 26 Jan 2023
Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Events Sat, 24 Sep 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022
error: Content is protected !!