Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 15, 2023 @ 8:39pm

#SFMM38: Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik Buka Mata Ramai, Wani Kayrie Bakal Tonjolkan Sisi Berbeza!

Berjaya melangkah kaki ke pentas berprestij Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) 38 dianggap sebagai satu kejayaan terbesar buat penyanyi, Wani Kayrie menerusi single berjudul Kamu Kamu.

Setelah berkali-kali berusaha untuk beraksi di pentas ini, impian penyanyi kelahiran Sabah ini akhirnya tercapai apabila berjaya menempa namanya dalam program SFMM 38 sebagai penyanyi solo.

Meskipun teruk dikecam ketika beraksi di pentas Semi Final Muzik Muzik pada tahun lalu sebagai penyanyi gantian, Wani bagaimanapun menganggap kejayaan mempertaruhkan lagu single sendiri pada SFMM38 kali ini akhirnya membuka mata ramai pihak terhadap bakatnya.

“Sepanjang berada dalam industri, setiap tahun saya cuba untuk menyertai program Muzik Muzik, separuh akhir dan Anugrah Juara Lagu (AJL).

“Rezeki datang pada tahun ini, lagu Kamu Kamu ini saya rasa membawa tuah kerana memberikan saya pengalaman berada di pentas ini bukan membawa lagu orang lain tetapi ‘stand alone’ sebagai penyanyi solo, Wani Kayrie.

“Pada tahun lalu ketika saya menggantikan seorang penyanyi ini saya teruk dikecam oleh penyokonganya. Meskipun saya hanya menjalankan tanggungjawab, tak dinafikan rasa sedih juga.

“Apabila berjaya untuk berdiri di kaki sendiri di atas kepercayaan komposer kepada saya, saya rasa bangga sebab akhirnya orang nampak kewujudan saya dalam industri setelah sekian lama.. It is another level of achievement!,” katanya.

Berkongsi mengenai persedian untuk berentap di pentas SFMM 38 pada Sabtu ini, Wani berkata dia akan memberi tumpuan lebih kepada keseluruhan konsep persembahan dari segi penceritaan, karakter dan tarian, selain mengambil kelas vokal bersama Cikgu Azrin Noor.

Wani Kayrie

Lebih menarik, selain membawakan penari-penari cilik berumur 11 hingga 12 tahun, persembahan Wani di pentas itu akan diserikan dengan kehadiran cameo.

“Lagu ini ada elemen rancak, dangdut sikit dalam muzik jadi saya pertaruhkan dari segi persembahan, penceritaan dan karakter saya mengikut kesesuaian lagu Kamu kamu.

“Secara general lagu ini agak mudah didengar namun sebenarnya sangat mencabar dari segi stamina tinggi dan saya akan bawakan karakter lain daripada sebelum ini yang bakal diwarnai dengan perasaan kesal serta manja.

“Saya akan membawa penari-penari cilik untuk selari dengan konsep lagu Kamu Kamu yang comel, romantik sweet komedi. Selain itu ada penampilan istimewa cameo. Nak tahu siapa, nantikan!,” selorohnya.

Mengulas soal persaingan pada SFMM 38 kali ini, Wani berkata dia hanya memandang ke arah persaingan dari segi genre muzik yang sama iaitu pop atau moderate fast, namun turut mengakui tidak tertekan serta hanya mahu menikmati persembahan Kamu Kamu.

“Persaingan saya rasa adalah Aisha Retno dan Kak Shiha Zikir sebab ramai tahu mereka ada seorang performer yang boleh menari dan menyanyi tetapi saya tak letak tekanan, malah saya utamakan untuk enjoy persembahan nanti,” ujarnya ketika dihubungi XTRA pada Khamis.

Selain Wani, antara barisan artis yang bakal bertanding pada hari kedua SFMM38, Sabtu, 16 Disember ini adalah Mojo (Korbankan Cinta), Amira Othman (Alah Bisa), Ernie Zakri diganti oleh Nadeera (Astana), Afieq Shazwan dan Muna Shahirah (Cinta Hanya Buatan), Datin Alyah (Cinta Sahabiyah), Siti Nordiana (Menyantun Kasih), Liza Hanim (Sejuta Maaf), Aisha Retno (Sutera) dan Shiha Zikir (Kalam).

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Artikel Berkaitan: Hebat Betul! Penangan Wani Kayrie Cover Lagu Sial Dalam Bahasa Dusun Buat Ramai Tercengang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Jun 2019

Tak Nak Jadi Ustaz Lagi

Orang tetap nampak saya sebagai Ustaz Hamadi.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019
Featured Fri, 8 Sep 2023

Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

“Jangan gelar Siti Munirah penyondol, Saya yang dekati dia, melamar secara sah,” ND Lala. Segala spekulasi telahpun terlerai 😌

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Dah La Berkain Pelikat Jer, Hannah Delisha Kongsi Saat Cemas!

Tiba-tiba Hannah rasa geli di kaki…euwwww, apa agaknya tu?

Events Thu, 23 Jun 2022
Featured Tue, 6 Mar 2018

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Tidak habis-habis dikecam netizen, terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Featured Thu, 15 Dec 2022
Contest Fri, 12 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《林志炫「ONE TAKE 2.0」巡回演唱会–云顶站》入门票

#xtra好康头 送你林志炫《ONE TAKE 2.0巡回演唱会–云顶站》入门票!让你共赴一场五颗星的音乐盛宴~

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung