Shah Rukh Khan Kongsi Tips Kekal Sihat

Trend ‘Ask Me’ memang sedang hangat berjalan di laman Instagram. Ramai peminat yang ambil peluang untuk bertanyakan soalan kepada artis kesayangan mereka.

Soalan tak masuk akal pun ada tau! Contohnya, baru-baru ini, pelakon popular Bollywood menerima soalan seperti berapa kali dia membuang air besar? Hurm, mengarut kot wak.

Bintang Kuch Kuch Hota Hai itu tenang menjawab, “ Benarkah? Adakah itu sahaja soalan yang ingin anda tanyakan? Wow,” tulis Shah Rukh Khan.

Bapa tiga anak ini turut mendedahkan rahsia tubuhnya kekal sihat walaupun usia sudah melebihi 50 tahun.

“Saya tidak merokok. Tidur selama 10 jam sehari. Menjalani hidup secara normal dan tidak pernah berbohong,” jawabnya.

Rata-rata peminatnya berasa sedikit ragu di situ. Ini kerana semua sedia maklum Shah Rukh Khan seorang perokok tegar. Mungkin beliau dah berhenti merokok, siapa tahu kan?

SGMS Faida