Shahir Raikan Hari Jadi Engku Aleesya

Lama betul tak dengar kisah penyanyi Shahir Zawawi kan? Ini bukan kali pertama penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini hilang dari radar. Sekejap ada, sekejap tiada…

Namun, baru-baru ini kelibat Shahir kembali kelihatan menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram bekas wartawan hiburan, Intan Zabidin.

Perkongsian itu memperlihatkan wajah Shahir yang duduk bersebelahan Erra dan beberapa teman lain.

Difahamkan, majlis makan malam itu sempena menyambut ulang tahun Engku Aleesya yang ke Sembilan tahun, beberapa hari lalu.

Gambar ini membuktikan mereka masih berhubungan! Terdahulu, Shahir pernah dikaitkan dengan seorang pramugari jelita. Namun Shahir menafikan gosip itu serta menjelaskan hubungan mereka atas dasar artis dan peminat. 

Walaupun kedua-duanya masih mengunci mulut ketika ditanyakan soal perkahwinan, kami di xtra.com.my sentiasa mendoakan pasangan ini kekal bahagia seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.

 

SGMS Faida