SHEILA ON 7 KEMBALI BERSATU?

Sephia, Dan, Melompat Lebih Tinggi, serta Kisah Klasik Untuk Masa Depan adalah antara lagu repertoire kumpulan yang tidak asing lagi dihati peminat-peminatnya di Malaysia. Boleh dikatakan, setiap bait-bait lagu Kumpulan Sheila On 7 telah sebati pada setiap momen manis peminat tegar mereka.

Selepas muncul dengan konsert hebat pada Mac 2016, kini Sheila On 7 tampil sekali lagi menemui peminatnya menerusi siri Konsert “SHEILA ON 7-LIVE IN KUALA LUMPUR 2018.” Konsert berdurasi dua jam setengah ini akan mempersembahkan lagu paling hit menerusi album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti Pria Kesepian, Seberapa Pantas dan banyak lagi.

Sekitar sidang media yang telah diadakan di Kuala Lumpur

Konsert yang akan diadakan pada 10 Februari ini bertujuan untuk meraikan sokongan peminat setia mereka terutamanya di Malaysia. Apa yang istimewanya konsert mereka pada kali ini ialah, peminat tegar 5 anak muda ini berpeluang untuk bersama artis kesayangan mereka dalam sesi Meet and Greet bersama SO7.

So, kepada semua SheilaGank jangan lepaskan peluang untuk melompat lebih tinggi bersama Sheila On 7 yang akan berlangsung di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati di www.Myticket.asia.

Kami di xtra.com.my mengucapkan semoga Sheila On 7 terus sukses ya!

Salma Syahbuddin