Sherry Ibrahim Simpan Hajat Kahwin Tahun Depan?

Pelakon cantik manis Sherry Ibrahim, 36 baru-baru ini telah berkongsi hajatnya pada tahun 2020.

Menerusi laman media sosial Instagram, pemilik nama Syarizad Ibrahim yang popular menerusi drama “Syurga Yang Kedua itu” telah menyuarakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan! 

 

Sherry bagaimanapun menegaskan, tidak bermaksud kariernya akan tamat jika dia berkahwin nanti kerana perjalanannya dalam pentas seni masih panjang.

“Sebagai penutup, menjelang tahun dan dekad baru mendatang ini, kami tanya kepada Sherry tentang harapannya untuk tahun 2020. Dahulu saya ingatkan tahun 2020 itu seperti tahun dunia berakhir tapi sedar-sedar 2020 sebentar sahaja lagi!  Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai,” kata Sherry.

Dalam pada itu, Sherry juga berharap agar perjalanan perniagaannya semakin maju serta bakal mengeluarkan sebuah lagu tahun hadapan.

Netizen dilihat membanjiri ruangan komen gambar tersebut dengan ucapan doa supaya segala yang dihajati akan dimakbulkan.

 

Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

 

Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

 

Hm, siapalah agaknya jejaka bertuah yang akan mengisi kekosongan hati Sherry tu ya? Xtra doakan semoga semuanya dipermudahkan buat Sherry Ibrahim!

Syafiqa Irdina