Sepuluh Bulan Berkahwin, Suami Syahrini Berubah Sikap?

Sepuluh bulan berkahwin, penyanyi Syahrini berkongsi sesuatu yang menarik mengenai suaminya, Reino Barack.

Menurut penyanyi cantik ini, suaminya berubah sifat selepas bergelar suami.

“Dulu dia memang romantis tetapi sekarang orangnya lebih kelakar. Dia selalu membuat lawak dengan wajah ‘lempeng’, begitu aja,” katanya kepada media tempatan Indonesia, RCTI Infotainment, hari ini.

Akui Syahrini, suaminya dahulu seorang yang sukar ketawa namun kini lebih suka berlawak.

Hal ini turut diakui oleh Reino sendiri di mana selepas berkahwin hidupnya dihiasi oleh gelak tawa.

“Lucu, kita selalu bergelak tawa. Bagaimana untuk katakannya, selalu penuh tawa di rumah,” ujar Reino.

Sementara itu, Syahrini berkongsi cerita dia masih dalam proses belajar menjadi isteri yang lebih baik.

“Sesuatu yang baharu contohnya harus bangun lebih awal, siapkan makanan, buat apa yang suami perlukan,” katanya.

Pasangan ini bernikah pada 27 Februari 2019 di Majid Tokyo Camii, Jepun.

SGMS Faida