‘Sian Anak-Anak I’, Nora Danish Terkilan Sikap Netizen

Pelakon Nora Danish kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang gemar menyebarkan gambar selebriti yang dijumpai di sosial media tanpa usul periksa.

Menerusi laman Instagram Nora, pelakon berusia 36 tahun ini meluahkan rasa terkilan terhadap golongan minoriti berkenaan.

” Bagaimana orang sekarang cepat betul membawang tentang sesuatu yang tidak dipastikan sama ada sahih atau tidak.

” Sekarang apa? Gambar bogel pula…,” katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata berharap dua putera kesayangannya itu terus kuat dalam berdepan dengan situasi yang melanda dirinya ketika ini.

” Sian anak-anak I…Saya harap mereka kuat berdepan dengan orang-orang yang suka menjatuhkan dan mengaibkan orang,” akhirinya ringkas. 

Nama pelakon Bahagia Bukan Bidaan ini kembali hangat diperkatakan gara-gara sekeping gambar yang memperlihatkan sosok tubuhnya di dalam kamar mandi. 

SGMS Faida