Elak Tekanan, Haqiem Rusli Padam Twitter?

Susulan kejadian memakai kaca mata hitam dan airpods sewaktu membiat lawatan ke salah sebuah rumah asnaf baru-baru ini, Haqiem Rusli bagaimanapun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara tersebut.

Namun, penyanyi Jatuh Bangun ini bagaimanapun masih diasak dengan soalan dan kritikan menerusi akaun twitter miliknya sehingga Haqiem mengambil keputusan untuk menutup akaun twitter nya itu.

” Saya lebih suka menggunakan aplikasi twitter untuk berinteraksi bersama peminat. Namun, selepas apa yang terjadi, ada baiknya saya padankan sahaja medium komunikasi tersebut. Tidak mahu diri terkesan dengan pelbagai kecaman yang ditinggalkan oleh ahters, tidak tahu lagi bagaimana mahu menangani perkara ini. Tetapi ada baiknya, sekurang-kurangnya saya dapat menjauhkan diri daripada perkara yang memberikan tekanan. ” Katanya

Tambahnya lagi, kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada rakan artis lantas membuatkan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan isu ini terus berpanjangan.

” Saya tahu ada segelintir rakan artis yang bercakap dibelakang dan saya tidak mahu memanjangkan lagi hal tersebut. Saya juga tidak mahu isu ini memburukkan lagi keadaan.”Jelasnya

Diharap, Haqiem terus belajar daripada apa yang berlaku kerana ia bukan sahaja dapat mematangkan diri beliau malah, mungkin Haqiem lebih peka terhadap perkara yang mungkin berlaku diluar jangkaan selepas ini.

Salma Syahbuddin