Hiburan By: SGMS Faida May 6, 2018 @ 3:17pm

Artis Wanita Popular Ini Disyaki Miliki Dadah

Awal hari ini, pihak Polis menemui enam bungkusan kertas aluminium berisi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan seorang pelakon wanita popular. 

Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk pemeriksaan lanjut.

“Sebelum pemilikan dadah itu terbongkar, kenderaan mewah jenis Range Rover dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV dekat Jalan Burhanuddin Helmi di sini, kira-kira 11.45 pagi,

“Sepasukan anggota polis yang dikejarkan lokasi kemalangan mendapati pelakon terbabit berada dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH online, sebentar tadi.

Sumber berkata, ketika berada di balai, anggota polis wanita yang melakukan pemeriksaan rapi terhadap pelakon berkenaan, menemui 53 pil eramin 5 dianggar seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

“Susulan penemuan itu, kakak kepada dua pelakon popular itu diarah menjalani ujian kencing namun saringan awal yang dijalankan mendapati ia negatif dadah.

“Namun, dia kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya dan akan dihadapkan ke mahkamah majistret esok untuk proses tahanan reman,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Featured Fri, 20 Oct 2023

Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

InsyaAllah semoga dipermudahkan buat pasangan sweet ni!❤️

Hiburan Tue, 21 May 2019

Jalaluddin Hassan Risau Dibilang Buang Tabiat?

Jika diberi peluang merakam single dalam masa terdekat, lagu bergenre balada bakal menjadi pilihan.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Sun, 7 May 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023