Hiburan By: Del14 September 24, 2019 @ 11:11pm

Butterfingers Bakal Bagi Kejutan Di Konsert 2 November Depan!

Peminat muzik “rock alternative dan grunge” tahun 90an dan awal 2000 pasti tidak sabar menunggu konsert Transcendence 20 tahun (20th Anniversary) Butterfingers yang bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November, 2019 nanti. 

Konsert ini dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-20 album ‘Transcendence’ yang merupakan salah satu hasil karya terbaik mereka sejak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1996.  

Baca:Konsert Transcendence Hadiah Butterfingers Untuk Peminat

Album ketiga mereka ini dilancarkan pada Mac 1999 dan ia telah menempah sejarah apabila berjaya membolosi arus perdana muzik pada waktu itu dan album berkenaan meletakkan Butterfingers di tempat ketiga dalam carta RIM International dengan penjualan melebihi 60,000 unit. Ini merupakan kejayaan yang besar bagi sebuah band underground seperti Butterfingers.

Konsert Transcendence 20 tahun Butterfingers dikuasakan oleh unifi iaitu jenama konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), Festival Selangor Youth Republic 2019 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Penerbitan Pancasona bakal menyaksikan penyatuan semula ahli-ahli band ini yang terdiri daripada Emmet (vokal), Kadax (bass), LoQue (vokal/gitar/keyboard) dan Loko (dram) di Stadium Malawati Shah Alam yang juga merupakan lokasi konsert terakhir mereka pada tahun 2016.

Emmet tidak dapat hadir hari ini kerana dia berada di Kanada tetapi mereka telah membuat persembahan bersama-sama secara ‘live streaming’ di sidang media berkenaan.

Mengulas tentang usahasama Butterfingers dan Unifi, LoQue menjelaskan; “Ini semestinya satu #khabarbaik untuk Butterfingers dan seluruh warga peminat.  Usahasama dengan unifi ini sesuatu yang strategik dan kami berbesar hati untuk menemui peminat-peminat kami ketika siri jelajah #khabarbaik unifi Tour ke kampus-kampus terpilih pada bulan Oktober nanti.

“Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers akan berlangsung sempena Festival Selangor Youth Republic 2019 dan kami sudah bersedia untuk memberikan persembahan paling Grunge!”

Butterfingers menjanjikan hiburan rock alternative dan grunge 2 jam tanpa henti dan semestinya peminat boleh menjangka lagu-lagu hits Butterfingers seperti The Chemistry (Between Us), Faculties of The Mind, Epitome, Meltdown dan pelbagai lagi lagu dari album popular mereka akan dimainkan di Stadium Malawati nanti. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Farid Kamil Hilang Sehari Sebelum Kejadian

Farid didakwa atas empat kesalahan, antaranya menampar anggota polis dan penggunaan dadah.

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak

Events Mon, 6 May 2019

New Science & Space Programme at KidZania KL Brings Forth More Educational Fun

The Science & Space programme is specially designed to arouse and engage the curiosity of young and inquisitive minds through interactive activities and experiments.

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

《GoGo旺得福》造势活动开跑啦!

首要媒体集2018年新春活动和同名贺岁专辑《GoGo旺得福》已经隆重面世!ntv7艺人及八度空间主持人,将于1月13日起开展北、中、南马一连串的造势活动,与观众近距离接触玩游戏,大派奖品迎接“旺旺年”的到来 !

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Sarah Suhairi Idam Duet Dengan Penyanyi Lelaki Popular, Siapa Tu?

Penyanyi lelaki itu antara penghibur terbaik tanah air yang memiliki karya berkualiti.

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

BENDA TU FAKE! NOH HUJAN

Noh Hujan ketika di temui di majlis World Mental Health Day di Royal Chulan The Curve memberi komen mengenai isu penyakit mental terutama di kalangan media sosial. “Saya rasa semua orang ada penyakit mental cuma mereka tak sedar dan salah satu penyebabnya adalah media sosial. Sosial yg bukan physically.