“Simpan Masalah Peribadi Sebab Malu Orang Tahu” – Banyak Aib Tersebar, Isteri Caprice Pesan Jangan Keterlaluan Guna Media Sosial

Isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis memberi pesanan agar tidak mendedahkan perkara peribadi pada media sosial.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Inalis atau Elis melihat media sosial sudah menjadi satu tempat penyebaran aib dan menjadi punca sesama manusia bermusuhan.

“Kalau dulu, dekat media sosial ni masih ada batas.. hanya post video atau gambar yang pilih untuk tunjuk sahaja. Masalah peribadi masing-masing simpan sebab malu kalau orang tahu.

“Tapi dunia sekarang dah jadi satu platform tempat meluah perasaan, buka aib sesama sendiri dan bukan tu sahaja boleh juga jadi penyebab kita sesama manusia bergaduh atau bermusuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kelebihan teknologi yang sedia ada perlu digunakan dengan sebaik-baiknya supaya tidak memperbodohkan diri sendiri.

“Zaman teknologi makin maju. Ada baik dan ada buruk nya, peranan kita sebagai pengguna fikirlah sebaik-baik sebelum nak share sesuatu dan jangan terlalu taksub untuk mengejar simpati atau like atau populariti sehingga terbodohkan diri sendiri,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Elis.

“Sebab tu hal orang kita tak perlu ulas share dekat story atau open talk dekat story.

“Betul. Kita jaga aib selagi boleh. Tapi itu lah, kadang-kadang kita dah jaga aib tapi pijak pula kepala kita.

“Sis faham maksud Elis. Kadang takut betul dengan socmed sekarang. Yang takde kena Mengena turut diganggu. Sedih hmm tapi perlu ada sabar yang tinggi,” komen netizen.

Maya Basir