Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin datang ke Istana Negara untuk berkongsi rezeki dengan petugas-petugas media yang sedang bertugas.

Menerusi perkongsian di TikTok @utusantvofficial, Azad dan beberapa rakannya membawa bungkusan makanan nasi beriani untuk diberikan kepada petugas media.

“Ini khas untuk rakan-rakan media. Tengoklah mereka dari pagi, petang, siang dan malam bekerja.

“Kita dekat rumah makan nasi. Jadi, kita nak bagi feeling yang sama juga dekat mereka,” ujarnya.

@utusantvofficial Dia main hentam jer nama nasi beriani 😅😅😅. 📽️ Wan Amsyar Jailani. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #pru15 ♬ original sound – UtusanTV

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keprihatinan Azad dan mendoakan agar rezekinya semakin bertambah.

“Mantap Pak Azad. Semoga dimurahkan rezeki.

“Dalam lawak spontan dia. Banyak jasa dan sumbangan beliau. Terima kasih. Respect. Semoga dimurahkan rezeki.

“Mantap Pak Azad. Terima kasih. Memahami susah payah pemberita,” komen netizen.

Maya Basir