[VIDEO] Safawi Rasid Jawab Gosip Bakal Berkahwin Dengan Syifa Melvin Dalam Masa Terdekat

Baru-baru ini, nama pemain bola sepak sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan pelakon, Syifa Melvin hangat menjadi perbualan netizen.

Ia ekoran sebuah video tular di aplikask TikTok memaparkan peminat JDT menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru kepada Safawi.

Susulan itu satu kad jemputan perkahwinan juga tular yang tertera nama mereka dikhabarkan bakal mengadakan majlis resepsi pada 3 Disember ini.

Artikel Berkaitan: Tular Kad Jemputan Resepsi 3 Disember Ini, Safawi Rasid & Syifa Melvin Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat?

Menyedari namanya heboh menjadi perhatian, Safawi tampil menjawab persoalan netizen menerusi siaran langsung yang disunting ke TikTok.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Safawi masih tidak mengesahkan gosip terbabit.

“Pasal berkahwin ni, saya rasa semua tak perlu tahu la bila saya nak kahwin atau dengan siapa saya nak berkahwin.

“Ada rezeki, ada jodoh saya akan berkahwin. Jadi kepada semua boleh stay tune,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengkritik Safawi kerana merahsiakan perkahwinannya meskipun khabar angin sudah hangat diperkatakan.

Malah ada juga mendakwa yang pemain bola sepak terkenal ini bakal bernikah pada 28 November ini dan bersanding pada 3 Disember seperti yang tertera di kad jemputan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 87,000 tontonan, 6,000 tanda suka dan 37 komen.

Aqilah Paharuzi