Siti Nordiana Terpaksa Berkorban Masa Rehatnya Demi…

Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana, tidak kisah mengorbankan masa rehatnya sejak tiga tahun yang lalu. Tidak pernah mengeluh kerana sentiasa dipenuhi dengan pelbagai tawaran, sebaliknya Nana bersyukur dengan setiap detik berharga yang dilaluinya.

Bagi Nana, bukan mudah untuk menjadi seorang  anak seni. Kerana setiap tawaran yang diberikan merupakan satu peluang untuk beliau mengembangkan bakat yang ada pada diri beliau.

“Saya sukar mengatakan tidak. Apabila ada pihak mahu menggunakan khidmat saya, itu bermakna mereka menghargai dan mempercayai bakat saya. Saya bermula dalam bidang seni pada usia terlalu muda, selain sering berdepan pelbagai dugaan dalam mengharungi pasang surut kerjaya. Sekarang, tiada apa lagi yang ingin saya harapkan kecuali diberikan kesihatan yang baik supaya dapat memberikan hasil kerja yang maksimum, selain tidak lupa diri,” katanya kepada BH Online.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah hidup sebagai seorang anak seni. Selagi masih ada tawaran maka mereka akan sedaya upaya merebut peluang untuk memenuhi kehendak pengarah ataupun penerbit.

Yang penting, peminat Nana sentiasa mendoakan agar kerjaya seni Nana sentiasa berkembang walaupun semakin ramai artis baharu muncul dan menapak dalam industri.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops