Tahniah! Siti Sairah Mengandung Lagi

Baru sahaja semalam, adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Sairah mengumumkan berita gembira yang beliau kini sedang berbadan dua menerusi laman Instagramnya.

Siti Sairah mendirikan rumah tangga dengan kawan lamanya, Sharidan Johari pada 24 Februari lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2014.

“Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rohim. 2nd checkup. Wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati berdebar..” tulis Sairah berserta foto imbasan ultrasound hitam putih.

 

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik untuk kandungan Sairah dan suaminya.  

Sudah tentu anak-anak Siti Sairah teruja dengan berita yang mereka bakal mendapat adik lagi! Apapun kami di Xtra mengucapkan tahniah buat Siti Sairah dan suami!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops