Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Wanita tular yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah tidak didakwa di Mahkamah Syariah hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Nuramira telahpun dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perbicaraan kes Siti Nuramira dijadulkan berlangsung pada jam 9 pagi, namun kelibatnya bersama peguam tidak kelihatan.

Menurut Paralegal kepada peguam R Sivaraj, Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir memaklumkan beliau menerima satu panggilan daripada pegawai JAWI dkenali Hanini memberitahu Siti Nuramira akan dibebaskan dengan jaminan JAWI serta-merta.

“Pasukan peguam syariah kami sudah bersiap sedia untuk prosiding pendakwaan di mahkamah hari ini.

“Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi, kami masih tidak dapat mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira pada hari ini.

“Individu terbaik yang kami ada adalah Adnan Miharja, seorang akauntan bertauliah dari London yang baru pulang ke Malaysia, namun peguam syariah berasa kesesuaiannya diragui jadi kami terus mencari,” ujarnya.

Sementara itu, peguam Sivaraj ketika dihubungi mengesahkan Siti Nuramira tidak akan hadir ke mahkamah kerana tiada pendakwaan dikenakan terhadapnya.

“Tiada sebab nak ke sana (mahkamah) pendakwaan tidak diteruskan hari ini.

“Semalam, saya tidak terbabit kerana Hannann Syoffeeya yang berhubung dengan pegawai JAWI,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Pada Selasa, Siti Nuramira dan teman lelakinya, V Alenxander Navin dibebaskan dengan membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 hasil sumbangan orang ramai.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan: Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok

Artikel Berkaitan: Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Aqilah Paharuzi