Siti Nurhaliza Pun Dikecam, Iqbal Zulkefli Ulas Cara Pemikiran Netizen Malaysia

Usahawan selebriti Iqbal Zulkefli tampil mengulas cara pemikiran netizen Malaysia selepas penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dikecam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal telah memuat naik beberapa ‘screenshot’ komen netizen mengenai keinginan Siti untuk berjumpa dengan penyanyi antarabangsa, Adele.

“Mahu lihat majoriti sikap masyarakat kita? Mari kita lihat komen majoriti apabila Datuk Seri Siti berimpian untuk bersemuka dengan Adele,” katanya.

Menurut Iqbal, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah netizen di negara ini untuk menjatuhkan sesama sendiri tanpa mengira siapa pun individu tersebut.

Usahawan selebriti itu juga meluahkan rasa kecewanya apabila penyanyi kebanggaan negara itu turut diperkecilkan dek kerana hasratnya ingin disapa Adele.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Iqbal juga turut membela penyanyi Raffar Affar yang turut mendapat kecaman dari netizen.

Fatin Nurain