Categories: HiburanSelebriti

Skirt Che Ta Dikatakan Sama Dengan Sayur

Perkongsian terbaru Che Ta di Instagram menggayakan skirt berwarna hijau berlatar belakangkan daun menghijau menjadi perhatian ramai warga netizen.

Skirt hijau yang dipakai oleh Che Ta menjadi bahan lawak segelintir netizen yang mengatakan ianya kelihatan seperti daun pisang dan seakan-akan sayur.

Rata-rata netizen seolah keliru melihatkan skirt yang digayakan oleh Che Ta itu. Setelah merenung gambar berkenaan barulah mereka sedar ia adalah skirt.

Che Ta tetap kekal anggun dan menawan menggayakan pakaian tersebut.  Kalau diikutkan, apa sahaja yang Che Ta gayakan pasti akan nampak cantik.

SGMS Enal