Sophia Albarakbah Tak Muncul Di Sidang Media Saat Akhir – “Terpaksa Selesaikan Shoot, Nak Ke Jakarta Esok”

Pelakon Sophia Albarakbah membatalkan niatnya untuk menghadiri sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah gandingannya bersama Aliff Aziz disaat akhir, hari ini.

Meskipun sudah menyatakan persetujuan mahu hadir, tindakan pelakon itu telah dimaklumkan oleh wakil produksi yang dikenali sebagai Farid 15 minit sebelum acara tersebut bermula.

“Terlebih dahulu, saya mohon maaf kerana heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah tidak dapat hadir kerana sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor.

“Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia, esok.

“Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku, namun babak membabitkan Sophia perlu diteruskan demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini,” katanya.

Namun, Aliff yang juga merupakan hero drama itu tetap bersikap profesional dan menepati janjinya untuk menghadiri majlis sidang media tersebut.

Dalam perkembangan lain, drama arahan Osman Ali itu bakal ditayangkan menerusi Slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

 

Fatin Nurain