Sophia Fredskild Mahu Tulis Lagu Untuk Penyanyi Lain

Pendatang baharu, Sophia Fredskild tidak menolak mahu mencipta lagu untuk penyanyi lain di masa akan datang.

Kata gadis kacukan Malaysia Denmark ini, meskipun namanya masih hijau di dalam industri seni tanah air dia berminat untuk berkongsi bakat yang ada.

“ Setakat ini, saya sudah hasilkan dua buah lagu nyayian sendiri iaitu Menanti Cinta dan sebuah lagi lagu yang akan dilancarkan pada 29 Mac ini bertajuk Cinta Selamanya.

“ Meskipun nama saya terlalu baharu dalam industri, saya berbesar hati sekiranya ada penyanyi yang mahu menyanyikan lagu ciptaan saya,” katanya kepada XTRA.

Dalam masa sama, gadis berusia 20 tahun ini mengaku masih dalam proses mempelajari Bahasa Melayu agar lebih fasih.

“ Saya akui kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Atas sebab itu saya masuk ke kelas selama setahun.

“ Saya dilahirkan di Denmark namun dibesarkan di sini tetapi di rumah, saya dan keluarga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

“ Bila sudah fasih mudah untuk saya berinteraksi dengan peminat dalam masa sama lebih banyak lagu Melayu saya akan hasilkan,” katanya bersemangat.

Terdahulu, Sophia pernah muncul dengan lagu Go, koloborasi bersama deejay, Cuurley yang popular dengan nama Bo Ami.

SGMS Faida