“Sorry Baby, Mommy Kerja” – Serba Salah Tinggal Anak, Ayda Jebat Luah Nikmat Jadi Ibu

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil meluahkan rasa nikmat bergelar seorang ibu biarpun sudah kembali sibuk dengan kerjaya seni.

Semenjak melahirkan anak pertama, Ana Nayla, Ayda kembali aktif dan sibuk melakukan sesi fotografi serta penggambaran untuk kempen jenama serta melibatkan diri dalam program Famili Duo.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Ayda tetap membuat panggilan video bersama suaminya, Nabil Mahir kerana rindu dan serba salah meninggalkan Nayla demi tuntutan kerja.

“Tak sempat jumpa baby, shoot semalam balik pagi dia dah tidur dengan mama. Pagi subuh bangun terus pergi kerja dah. Tunggu mommy,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Ayda sempat meluahkan rasa nikmat dapat meluangkan masa bersama anaknya selepas habis kerja.

“Nikmat jadi ibu bapa. Lepas balik kerja penat, sakit kepala, sakit badan semua hilang bila anak tunggu, hug, kiss dan taknak lepas.

“Sorry baby, mommy kerja. Nanti dah besar baby faham ya. Sorry again. I’m home and still rindu baby ni and also my Nabil Mahir balik cepat! Love you both,” katanya.

Fatin Nurain