Status Agama Anak Pelakon Popular Dipertikai, Didakwa Majlis Kahwin Siap Hidang Minuman Keras?

Majlis perkahwinan anak kepada seorang pelakon popular dipertikai selepas video perkahwinan yang kelihatan seperti acara resepsi masyarakat barat tular di laman sosial, baru-baru ini.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut telahpun dipadamkan.

Namun, beberapa foto yang berkaitan majlis resepsi tersebut turut dikongsikan oleh rakan terdekat individu berkenaan dan juga perunding acara majlis tersebut.

Melihat kepada majlis perkahwinan yang difahamkan berlangsung bulan lalu, timbul persoalan mengenai pakaian dan foto-foto majlis yang dikongsikan kerana terdapat beberapa gelas yang didakwa berisi arak.

Bahkan, ada pihak yang mempertikaikan agama yang dianuti oleh anak kepada pelakon popular itu apatah lagi kedua ibu bapanya beragama Islam.

Salma Syahbuddin