Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2023 @ 4:30pm

Suami Izreen Azminda Akhirnya Buka Mulut, Intan Salleh Mohon ‘Move On’ – “Sikit-Sikit Ugut Aib, Stop Lah!”

Selepas pelakon Izreen Azminda dan Intan Salleh saling berbalas kenyataan di media sosial, kini giliran suami kepada aktres berkenaan pula tampil membuat kenyataan menerusi hantaran yang dimuat naik di  Instagram miliknya.

Menurut Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, dia dan isteri tidak berpuas hati dengan sikap yang tunjukkan Intan sekaligus tampil memberi peringatan agar pihak Intan berhenti berkongsi perkara di media sosial kerana bimbang suatu hari nanti aib sendiri akan terbuka.

“Itulah yang sebenarnya, ajak selesaikan depan-depan tak nak, WhatsApp tak balas, tau-tau up dekat Instagram. Memang suka expose masalah ke macam mana?

“Kita ni dah tua, tak payah buat perangai orang muda sangat. Yang muda tu belajar lagi pasal adab sebelum nak cakap pasal adab. Sudah lah, jangan nanti bising-bising tiba-tiba Allah buka aib kau baru masa tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi,” tulisnya.

Sementara itu, Ude juga memaklumkan dia tampil membuat kenyataan setelah lama bersabar.

“Aku dah lama bersabar tapi dah puas kena pijak. Aku pun nak hidup aman damai,” katanya.

Tidak hanya berdiam diri dengan kata-kata yang diberikan oleh pasangan suami isteri berkenaan, Intan Salleh tampil membalas kenyatan tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories (IGS) miliknya.

“Apa benda lagi ni? Tak habis-habis. Dah lima tahun dah ni, move on! Apa yang awak berdua nak? Cakap sana sini, sikit-sikit ugut aib lah… Stop lah dah beranak pinak dah ni apa lagi yang tak puas hati? Move on!

“Bukan ke suami aku hari tu nak jumpa laki kau nak cakap depan-depan sebab dia pun nak habiskan benda ni. Asyik isteri dia kena ugut. Nka bincang tau bukan nak gaduh. Tapi tak dapat sebab laki kau acah busy. Tapi bila jalan ke kereta berani pula main rendahkan orang, main gred lah, bukan level lah, budak-budak lagh, gred IQ rendah lah. Kenapa tak settle je masa tu?

“Tak payah lah drama-drama dekat media sosial ni, berhenti dan fokus dengan kehidupan lebih baik. Nak sebarkan aib aku, sebarkan lah kalau itu yang boleh ajak orang benci dekat aku dan sayang dekat kau,” jelasnya.

Terdahulu, Izreen Azminda mendakwa bahawa Intan masih tidak ‘move on’ kerana memuat naik gambar bekas suaminya, Ude Wahid sekaligus tindakan Intan tersebut tidak menghormati suami baharunya, Aizam.

Bahkan, turut mendakwa dirinya menyimpan banyak ‘bukti’ yang boleh diberikan kepada suami Intan dan juga pihak mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Jaga Mental Tapi Dibuli, Dihina” – Dedah Diugut Sebar Aib, Intan Saleh Anggap ‘Pihak Sana’ Seronok Jaja Cerita

ARTIKEL BERKAITAN:Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah – “Sakitnya, Ya Allah.. I Tengah Menggigil Ni Geram”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Feb 2022
Hiburan Tue, 16 Jan 2024

Pelakon Berbadan Besar Hanya Boleh Melawak? Syanie Minta Pengarah Buang Stereotaip, Beri Peluang Bawa Watak Serius

Min setuju dengan kak Syanie! Pengarah perlu ubah mindset macam ni…lagipun saiz badan bukan kayu ukur bagi bakat seseorang.

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa – TS Musa Hassan

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Hafiz Suip Terkandas Di Jepun Akibat Taufan Trami

Semoga perjalanan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan dilindungi!

Featured Wed, 23 Jan 2019

Ramai yang memuja kecantikan Imma, sayangnya dia hanyalah sebuah boneka… 

Melihat seleksi foto-fotonya, memang sukar mempercayai bahawa Imma adalah patung! 

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Kempen Dah Lama Habis, Sila Bayar Duit Mawar

Setiap kali ditanya, dia akan memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa masih belum menerima bayaran daripada klien. Kasihanilah saya yang bertungkus-lumus bekerja.

Trending Tue, 19 Mar 2019

Amaran Cuaca di Kawasan Rompin, Banting Meningkat Ke Paras Tidak Sihat

Buat korang di luar sana! Jangan lupa banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar.